The Owner

I am a daughter, a sister, a niece, a cousin, a friend. I am a partner, a worker, a young girl and a grown woman. I am scared and confident, terrified and excited. I am caring and loving. I am shy and friendly. I am hardworking and determined, but a little scared on the inside. I pray to Allah and cry my tears. I smile on the outside, while im dying on the inside. one more thing I do believe in what they say a 'TRUE LOVE'. -Elly-

Followers

Friday, December 2, 2011

Al Fatihah buat Rara Zikry

Assalamualaikum :)

tadi blogwalking then jumpa satu blog ni yang sampai kan berita bahawa Rara Zikry sudah kembali ke rahmatullah. Al Fatihah ...




semalam kita dikejutkan dengan berita mengenai Rara Zikry yang telah kembali ke Rahmatullah.. namun mungkin ramai yang tidak ketahui atau mengenali beliau. banyak jugak cerita-ceriti yang berlegar dialam-maya ni. baik di blog2 ataupun ruangan forum. harapnya janganlah kita sebagai hambaNYA yang hina ni terus menyebar atau bercerita perkara2 yang belum tahu lagi asal betul atau pangkalnya. jangan dok jadi lalang yang dok ngikut aje kemana angin bertiup, sebaliknya berikanlah segala upaya kita dalam membantu beliau ataupun keluarganya..


bagi yang mengikuti perkembangan mengenai Rara Zikry ni.. tentu sudah tahu kenapa nama beliau sering menjadi percakapan. kisahnya, Rara Zikry atau Zarith Nadhira binti Mohamad Zikri hambaNYA yang sempuran dari segala segi tetapi dalam waktu yang singkat disebabkan serangan asma, hidup beliau terus bertukar 360 darjah.. amat sukar bagi kita semua jika diuji sedemikian, dimana jika kehidupan kita bertukar menjadi jauh dari apa yang kita ada secara normal sebelumnya.. "berat mata memandang, berat lagi bahu memikul" begitulah kepahitan dan getir yang dilalui beliau dan keluarga..


Pada 19hb Mac 2010, beliau pergi dalam keadaan koma selama 2 bulan disebabkan asma ringan. Pada mulanya dia diterima di Darul Ehsan Medical Centre, Shah Alam, kemudiannya dirujuk ke Pusat Perubatan Subang Jaya dan dimasukkan ke ICU. Alhamdulillah beliau sedar dari koma tetapi tidak mampu untuk bercakap atau berkomunikasi terhadap keluarga, saudara-mara dan rakan2 lagi.. rutin harian berubah samasekali, diberi makan melalui tiub yang di bahagian bawah abdomen..


"Assalamu'alaikum beloved Rara Zikry's FB friends. Sad to say that Rara left us today, December 1st Dec at 10 pm at Sunway Medical Center. Jenazah berada di 90, Jalan USJ 6/2B Subang Jaya. Jenazah Akan dibawa Dari rumah ke masjid SS 19 Subang Jaya dalam pukul 8 pagi Dec 2. Insya Allah jenazah Akan disempurnakan Dan akan dikebumikan sebelum solat jumaat. On behalf of the family, thank you for the condolences, Doas and contribution. Semoga ALLAH swt bless her soul, forgive her sins, make her grave a garden and grant her the highest level of paradise. May ALLAH grant her eternal peace and may her soul be placed amongst the pious and chosen believers. Amin." - Facebook Contribution for Rara Zikrys medical expenses
Al Fatihah buat arwah Rara Zikry



3 comments:

khalila ishak said...

Al-Fatihah buat arwah......

NurDiyanahMisri said...

Allah lebih menyayangi beliau... semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. Amin.. Al-Fatihah untuk arwah.. :)

Anonymous said...

Al-Fatihah :) ..btw thnx sebab credit blog tu