The Owner

I am a daughter, a sister, a niece, a cousin, a friend. I am a partner, a worker, a young girl and a grown woman. I am scared and confident, terrified and excited. I am caring and loving. I am shy and friendly. I am hardworking and determined, but a little scared on the inside. I pray to Allah and cry my tears. I smile on the outside, while im dying on the inside. one more thing I do believe in what they say a 'TRUE LOVE'. -Elly-

Followers

Tuesday, July 17, 2012

Al Fatihah buat Nenek .

Assalamualaikum :)

13 Julai haritu aku kehilangan nenek buat selamanya. sekarang memang aku takde nenek dah.memang sangat terasa bila dia dah takde.

dua tiga bulan sebelum ni memang doktor sahkan dia ada kanser hati. anak cucu semua tolong carikan ubat untuk pulihkan nenek. macam macam usaha kami usahakan. pergi rawatan moden.rawatan islam. semua. duit tu jangan cakap lah dah habes berapa banyak. tap kerana nak nenek sehat macam dulu semua tak ambil port pasal duit.

masa doktor sahkan nenek kanser hati.kanser tu dah tahap ke ke empat.tahap yang serius. perut nenek kembung. nenek makin kurus sebab hilang selera makan. dar berisi terus kurus. kami semua redha. kami usahakan supaya nenek sembuh.

mingggu berganti minggu. nenek makin saket. doktor nak operate. tapi kami tak izinkan.sebab kami tak nak nenek disakiti lagi. nenek pon dah  fobia. masa nenek dekat  hospital dulu pon boleh nampak wajah nenek. dia takut. aku rindu nenek. aku rindu peluk dia.

nenek cuma buat coloneskop je. doktor kata kanser tu dah sampai ke perut dan usus. Ya Allah ya tuhanku.luluh hati kami semua. anak anak cucu cucu. bagi kata kata semangat kat nenek. supaya dia kuat.

 
minggu lepas nenek nak jumpa anak anak dia. alhamdulillah dia sempat tengok anak anak dia.kesihatan nenek pon semakin kurang. tapi dia masih mampu berjalan. sebab tu ramai tak sangka dia boleh pergi macam tu.

hari jumaat lepas. sampai je rumah ayah bagitahu nenek dah takde. Allahu akhbar.! air mata dah tak dapat nak tahan lagi. baru minggu lepas aku peluk nenek.aku suruh dia jaga diri. sekarang dia dah takde.  masih teringat aku masakan lauk untuk dia. masih teringat lagi pegang rambut dia. nek,su rindu :(

wajah nenek masa nak dikafankan.berseri sangat. aku dapat ciom nenek untuk kali terakhir.  Ya Allah tempat kan nenek dikalangan orang yang beriman.Amin.

Al Fatihah.

2 comments:

Firdaus® said...

salam..
takziah buat nenek ye,,
semoga kamu tabah..
singgah kat sini...salam perkenalan..

btw do follow my blog ye =)

Elly Othman said...

wsalam :)
terima kasih firdaus. :)