The Owner

I am a daughter, a sister, a niece, a cousin, a friend. I am a partner, a worker, a young girl and a grown woman. I am scared and confident, terrified and excited. I am caring and loving. I am shy and friendly. I am hardworking and determined, but a little scared on the inside. I pray to Allah and cry my tears. I smile on the outside, while im dying on the inside. one more thing I do believe in what they say a 'TRUE LOVE'. -Elly-

Followers

Tuesday, March 20, 2012

Ego kah kau wahai hati ?

Assalamualaikum :)

Jangan kata aku sepi dan menghilang diri kalau kamu sendiri tak mahu cuba untuk mendekati -BSA

Kelmarin hati ini dilanda kesedihan. kelmarin juga suara kau memecah langit sepi dalam hati. Termangu menahan setiap bait kata kata kau.Nada suara yang tak pernah kau suarakan pada aku.




Dalam setiap bait kata kata itu, aku tahu , aku sedar. punca atas kesilapan aku. tapi besar kah kesilapan aku ? berat sangat kah kesalahan aku pada kamu ? ya mungkin. sehingga mampu buat kau berkata sesuatu yang buat aku terasa hati.




mungkin hati ini terlalu ego untuk mengaku kesilapan sendiri. biarlah hati ini dirawat sendiri. aku senyap bukan beerti aku menunduk kesilapan diri. bukan aku menangisi apa yang terjadi. aku juga tak pernah ingin meraih simpati. sungguh kata kau buat aku terdiam sepi. kau juga tidak mendekati. tidak cuba memahami.




bukan mudah untuk aku melampias apa aku rasa. bukan senang. biar lah aku menipu diri kerna aku tahu setiap apa yang akan aku ucapkan akan menyakiti hati kau. aku tak nak kau tahu betapa perit hati aku dengan kata kata kau. biar lah aku pendam sendiri. 




forgiveness is different from second chance.




aku tahu setiap detik lepas kau sentiasa ingat. sebab itu setiap detik kita bertengkar detik detik lepas juga yang kau ungkap.aku mohon segala kesilapan lalu ku kau maafkan. aku tidak minta peluang kedua. cukup sekadar dimaafkan kesilapan yang lalu.




hati ini mungkin terlalu ego untuk ucap 'i love you' . tapi apakah dalam maknanya bagi kamu ? adakah ia sekadar di bibir kamu ? aku mohon maaf setiak detik kau bilang. dari satu hingga ke 10 tidak juga aku membalas. hati ini terlalu sakit. 




cepat sungguh kau melontar ayat mengatakan aku membuang kau. kau sedar betapa besarnya pengorbanan aku terhadap kau ? buka mata kau . mampu ka aku membuang seorang manusia yang pernah menjadi idola hati aku ? TIDAK MAMPU!  biar mulut dan akal kau yang lakukan semua nya. sebab setiap kata ku tiada guna.