''Hey baby, kenapa sikat rambut macam tu? Rambut belah tengah, rambut depan dah macam Hazama.Ntah pape je''
''Eh,baby ikut cara Nabi Muhammad SAW lah, kau apa tahu. kan Nabi Muhammad SAW sikat rambut belah tengah. yang belah depan ni dah tersenget =.= .'' (sambil betulkan balik rambut dia.)
Assalamualaikum :)
bila seorang budak kecil memberitahu korang tentang cara Rasulullah SAW. what you guys feel ? mesti malu sebab tak tahu antara sunnah sunnah Rasulullah.
مَنْ أَحْيَا سُنَّةً مِنْ سُنَّتِى فَعَمِلَ بِهَا النَّاسُ كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا لاَ يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًاDari ‘Amr bin ‘Auf bin Zaid al-Muzani radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun“
memberikan senyuman pon merupakan sunnah.. seronok tau bila dapt tahu perkara kita selalu buat tu merupakan sunnah. :)
pernah terfikir tak yang hidup korang selama ni macam sia sia je ? dengan tak tahu sunnah nya. dengan hidup main langgar je . pernah rasa tak? sedih kan rasa? :( so bila dah tau sikit sikit. apa lagi.amalkan lah. betulkan niat. insyaAllah jalan menuju ke syurga ada untuk kamu .
sabda Nabi Muhammad SAW :
''Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnah ku.''
2 comments:
Huhu. Banyak lagi amalan Nabi s.a.w yang tak tau dan yang tau banyak lagi tak diikuti.
betul2. :)
Post a Comment